Bekas pengurus PSG dedah Mbappe berhasrat ke Real Madrid

Mbappe dilapor mahu cuba angin baharu bersama Real Madrid.

BEKAS pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery memberitahu Kylian Mbappe mahu berpindah ke La Liga. Bagaimana pun ketika itu PSG berjaya memujuk Mbappe untuk terus bersama kelab gergasi Liga Perancis ini.

Pemain muda berbakat besar itu menjadi perhatian dan dikaitkan dengan Real Madrid selepas bermula spekulasi masa depannya dengan memberi bayangan ‘projek baru’.

Juara Ligue 1 itu menafikan komen Mbappe dan yakin bintang Piala Dunia Perancis itu akan kekal di Paris.

“Pada satu masa, semua orang menekannya di PSG. Saya juga bercakap dengan dia serta ayahnya untuk terus di situ.

“Dia mahu memilih Real Madrid...

Read More

Chelsea sedia lepaskan Hazard ke Real Madrid

Eden Hazard. Foto AP

CHELSEA bersedia untuk menjual pemainnya, Eden Hazard kepada Real Madrid pada musim panas ini meskipun berdepan dengan risiko sekatan perpindahan.

Ini kerana membiarkannya untuk berpindah secara percuma pada tahun depan akan memberi kesan kepada angka kewangan mereka dalam Financial Fair Play.

Hazar telah memaklumkan untuk mengakhiri kerjayanya di Stamford Bridge selepas perlawanan akhir Liga Europa menentang Arsenal minggu depan, dan menyertai Real Madrid.

Chelsea sebelum ini mendapatkan penyerang itu daripada Lille dan kontraknya masih berbaki setahun. – Daily Mail UK

Read More

“Mereka tinggalkan anak saya seperti anjing”, luah bapa Sala dalam satu dokumentari sebelum meninggal dunia

Horatio meluahkan rasa terkilan kepada Cardiff City sebelum dia meninggal dunia April lalu.

HORACIO Sala menuduh Cardiff City ‘meminggirkan’ anaknya Emiliano.

Horacio meluahkan perasaanya itu dalam satu segmen dokumentari BBC seminggu sebelum dia meninggal dunia akibat sakit jantung pada 27 April baru-baru ini.

Manakala Emiliano Sala maut apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di Selat Inggeris 21 Januari lalu.

Sala, 28, dalam perjalanan kembali ke Selatan Wales selepas menandatangani kontrak bersama Bluebirds dengan bidaan sekitar 15 juta pound sterling minggu lalu.

Sala tidak kesampaian untuk bermain di padang Cardiff City.

“Dengan semua duit yang dibayar kepadanya (Sala), kenapa sangat susah untuk mereka mencari sesuatu yang selamat?.

“Kenapa? Tetapi mereka tinggalkan dia...

Read More

United patut tunjuk jalan keluar untuk Solskjaer -Nicol

Allegri diangpap calon sesuai gantikan Solskjaer.

MANCHESTER United patut menunjukkan jalan keluar kepada Ole Gunnar Solskjaer, ujar Steve Nicol.

Bekas pemain pertahanan Liverpool yang kini menjadi komentator di ESPN memberitahu, dia percaya situasi sekarang ‘bukan satu peraduan’.

Jelasnya, United perlu terus melantik bekas Massimiliano Allegri yang tidak lagi menguruskan Juventus musim depan.

“Saya tahu ada elemen ‘kemanusiaan’ ada di sana. Tetapi betul ke?.

“Siapa yang kamu lebih pilih sebagai pengurus…Allegri atau Solskjaer?.

“Serius, ini bukan peraduan.”

Sejak menggantikan Antonio Conte pada 2014, Allegri konsistnen memberi hasil dalam Serie A dan turut membawa kelab dua kali ke pentas akhir Liga Juara-Juara.

Allegri sebelum ini memberi bayangan berminat untuk bek...

Read More

Mourinho bakal kembali untuk satu projek

Jose Mourinho. Foto PA

JOSE Mourinho berjanji beliau akan kembali untuk permulaan musim 2019/20 selepas kerjayanya di Manchester United berakhir.

Mourinho tidak bekerja sejak dipecat oleh Manchester United pada Disember lalu, meskipun ditawarkan bekerja di Real Madrid, awal musim ini.

Walau bagaimanapun, Mourinho memberitahu beliau gembira dapat berehat selepas meninggalkan Old Trafford.

Beliau juga begitu teruja untuk kembali kepada pengurusan dengan sebuah ‘projek’.

Bercakap kepada stesen radio Perancis, RMC: “Saya mempunyai banyak kualiti dan salah satunya adalah respek kelab lain dan pengurusan mereka. Saya tidak berkata seperti ‘kelab ini mahu saya, mereka hubungi saya’.

“Bila saya tinggalkan Manchester United pada Disember lalu, saya segera mengambil keputusan untuk bekerja ...

Read More

Pogba tunai umrah dengan bintang Chelsea

Pogba menunaikan umrah bersama Zouma.

PEMAIN tengah Manchester United Paul Pogba menunaikan umrah pada bulan Ramadan.

Pogba dilihat berada di Tanah Suci itu bersama dengan pemain pertahanan Chelsea, Kurt Zouma.

Pemain kebangsaan Perancis itu memuat naik gambar itu dengan kapsyen:”Jangan pernah lupa perkara penting dalam kehidupan”.

Sebelum ini Pogba pernah menunaikan haji di Makkah.

Setiap hujung musim saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Pogba akan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat berbanding menghabiskan masa bercuti di Las Vegas atau Ibiza seperti dilakukan pemain lain.

Dia dijangka beraksi mewakili skuad Perancis untuk aksi kelayakan Euro 2020 bulan depan sebelum memutuskan mengenai masa depannya di Old Trafford.

Pogba menjadi sasaran pengendali Real Madrid, Zinedine...

Read More

Nun jauh di Aussie, nasi lemak jadi pilihan Russel, “Malaysia tetap dihati”

TIDAK dinafikan arena sukan olahraga negara semakin mendapat perhatian dengan lahirnya beberapa atlet muda yang berpontensi tinggi.

Dikala mata tertumpu kepada jaguh pecut muda negara yang dianggap sebutir bintang yang wajar diberi perhatian iaitu Muhammad Azeem Mohd Fahmi, jangan lupa masih ada seorang atlet pecut yang semakin meningkat naik berada nun jauh di bumi Australia.

Russel Alexander Nasir Taib mungkin masih janggal dibibir peminat sukan olahraga negara, tetapi hakikatnya dia sudah memberi signal kepada pencabar negara lain mengenai kehadirannya.

Sejak Mac lalu, pemuda kelahiran Perak berusia 21 tahun ini sudah mencipta rekod sukan olahraga negara.

Salah satu kejohanan yang diserta Russel di Australia. Foto: Lilly Castle

Apa tidaknya, baharu beraksi menyarung jersi negara, ...

Read More

Manchester United dijangka hilang pemain muda, Gomes terasa hati dengan Solskjaer

Gomes mahu bertukar angin demi meningkatkan kariernya.

PEMAIN muda Manchester United Angel Gomes dijangka bakal meninggalkan Old Trafford musim baharu kelak.

Pemain tengah berusia 18 tahun itu hanya beraksi sebagai pemain ganti pada minit ke-74 ketika bertemu Cardiff yang sekaligus merakam penampilan keduanya dalam aksi liga musim ini.

Biarpun kontraknya bersama United sehingga 2020, laporan media Perancis A Bola mendakwa pemain itu mahu memastikan masa depannya yang lebih baik.

Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan berminat membawa masuk pemain muda ini ke Parc des Princes.

Gomes dikatakan mahu lebih meningkat sebagi pemain dan dia merasakan bersama di dalam skuad Bawah 23 Tahun United tidak membantunya.

Selain PSG, kelab di Sepanyol dan Portugal juga turut menginta...

Read More

‘Schumacher’ di pawagam Disember ini

Schumacher bersama isterinya, Corrina sebelum pelumba itu mengalami kemalangan di Pergunungan Alps 2013.

ISTERI Michael Schumacher dan bapanya dijangka akan berdepan dengan kamera buat pertama kali selepas insiden kemalangan pelumba itu pada tahun 2013.

Filem ‘Schumacher’  bakal ditanyangkan di Jerman dan Switzerland Disember ini.

Isteri kepada bekas juara lima kali berturut-turut perlumbaan Formula Satu (F1) itu, Corrina,50 dan bapa Roft,73, yang sebelum ini jarang bercakap secara terbuka mengenai kemalangan yang menimpa Schumacher dijangka akan ditemuramah berkaitan dengan filem tersebut.

Schumacher bersama bapanya, Roft (kiri).

Treler filem itu akan ditayangkan pada Festival Filem Cannes bermula minggu ini.

Pengarah filem itu memberitahu, filem tersebut dibuat sempena sambut...

Read More

Salah, Mane, Aubameyang kongsi Kasut Emas EPL

Salah bersama trofi Kasut Emas EPL yang dimenanginya. Foto Reuters

BINTANG bola sepak, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubame, kesemua merupakan pemenang Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kempen 2018/19.

Dua penyerang Liverpool dan seorang bintang Arsenal, masing-masing menjaringkan 22 kali dalam perlawanan bagi kempen ini.

Sergio Aguero dari Manchester City hanya ketinggalan sedikit apabila memperoleh 21 gol pada musim ini.

Salah memenangi Kasut Emas tahun lalu semasa kempen pertamanya di Anfield.

Pemain itu menjaringkan 32 kali dalam kempen 2017/18, lebih 11 gol lebih yang diraihnya bersama Mane dan Aubameyang bagi musim ini. – Mirror UK

Read More